Followers

Saturday, November 5, 2011

Kisahku Dulu Hingga Kini

Assalamualaikum dan Hello2 kepada semua warga Blogger...!!

Sebelum nak follow ke atau tegur-tegur bacalah dulu ye...

*Nama : Khairee Sahil
*Tarikh Lahir : 9 Mei 1992
*Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
*Asal : Johor Bahru, Johor

Seterusnya,,adalah family yang menjadi kebanggaan saya...
*Nama Ayah : Sahil Sarbon
*Nama Ibu : Hamidah Ismail
*Nama Kakak Sulung : Hafizah Sahil
*Nama Abang Sulung : Mohd Hezry Sahil
*Nama Kakak Kedua : Nursahaniza Sahil
*Nama Abang Kedua : Hairil Azwan Sahil
*Sayalah...=)

Juga tidak lupa kepada ketiga-tiga anak sedara ku..
*Pertama : Amirul Akhbar
*Kedua : Hakimi
*Ketiga : Ratna Puteri Balqis
yang lain-lain akan dtg maybe anak sendiri..=P

Makanan Kegemaran : Mee Goreng & Ayam Goreng
Minuman Kegemaran : Milo Ais @ Milo Panas

Idola :
Penyanyi : Dato' Siti Nurhaliza & Aizat & Akim & Ziana Zain
Pelakon : Erra Fazira & Aaron Aziz
Pelawak : Johan & Zizan
Muzik : Ballad, Pop, Rock, Ethnic, Jazz, Nasyid

----ISLAM AGAMAKU..NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH..ALLAH MAHA ESA----

Mendapat Pendidikan :-
1998-1999 : Tabika KEMAS Felda Inas
1999-2004 : Sekolah Kebangsaan Felda Inas
Sekolah Agama Felda Inas
2005-2009 : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pinang,
Bandar Tenggara, Kulai, Johor.
2010-Kini : Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) -2011-

Pengalaman Dan Kejayaan :

(1998-2004)
- Pernah melibatkan dalam bidang nyanyian
: Johan Pertandingan Bakat Tabika KEMAS
: Peserta bagi Pertandingan Nasyid Sekolah Kebangsaan dari 2002-2004
: Peserta bagi Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka secara berkumpulan dari 2002-2004
: Membuat persembahan pembuka juga penutup dalam Sambutan Majlis Hari Guru dan Majlis Hari Ibu
: Pernah melibatkan diri dalam Persembahan Koir Majlis Perpisahan

-Lain-lain
: Menjadi Watak Utama dalam sebuah sketsa Anti-Dadah
: Naib Juara dalam Pertandingan English
: Melibatkan diri dalam Pertandingan bercerita peringkat sekolah dan daerah
: Kejayaan Akhir UPSR 2004

(2005-2009)
- Pernah melibatkan diri dalam bidang nyanyian :-
: Koir Peringkat Daerah
: Hampir menjadi peserta ujibakat Bintang Asli Remaja 2009 namun ditolak selepas beberapa latihan atas komitmen lain
: Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia (2009)
: Membuat persembahan ketika Majlis Makan Malam Bagi Calon SPM 2009

-Lain-lain
: Melibatkan diri dalam aktiviti jualan sebagai pengurusan kewangan
selama setahun
: Menggiatkan diri dalam Pertandingan Mendeklamasikan Sajak selama 5 Tahun..(menjadi Juara sekali)
: Debat English @ Melayu
: Pertandingan Pesta Pantun selama dua tahun
: Anugerah Cemerlang 2008 dan 2009
: Menggiatkan diri dalam Pertandingan Akademik bagi sesuatu subjek selama dua tahun berturut-turut (Prinsip Perakaunan,Sains,Mathematic)
: PMR 2007 (Kejayaan Pertama)
: SPM 2009 (Kejayaan Kedua)

-2010
: Pernah bekerja selama 3 bulan di Kedai Telekomunikasi Celcom
sebagai Promoter dan melakukan kerja-kerja lain dalam kedai.
: Melibatkan diri dalam Koir Konvokesyen kali kedua
: Melangkah masuk Diploma Perakaunan di UniSZA

-2011
: Melibatkan diri dalam Koir Konvokesyen kali ketiga
: First runner-up bagi "Let's Get Loud Competition : English Come Out And Play
: Melibatkan diri dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka dan Raya
: Tempat ke 4 dalam Pertandingan Nyanyian di Dungun
: Lebih menggiatkan dalam persatuan untuk menambah pengalaman

Alhamdulillah,,segala pencapaian dan pengalaman itu dtgnya dari izin Allah..ikuti mana yg baik..=)

Cita-cita : Pensyarah,Guru,Akauntan atau Penasihat Kewangan
Impian : - Melestarikan impian ibu bapa dan keluarga
- Menjadi salah seorang penyanyi suatu ketika nanti,
InsyaAllah..(Kini mengumpulkan lagu-lagu nyanyian untuk
mengetahui range suara)
: Mencuba bahasa lain seperti Mandarin, Arabic, Korea
: Cubaan menyanyi pelbagai lagu English bagi melancarkan
language
Email : kaer_khairee92@yahoo.com dan kaery_92@yahoo.com

Sedikit renungan :-

Orang pernah berkata bahawa hidup ini akan mudah jika kita memudahkannya.......Bagi saya segala sesuatu yang mudah dan susah itu terletak pada fikiran kita....jangan terlalu memaksa jika kita tidak boleh memudahkannya......walaupun sedetik kita berfikir....namin tetap jadi setahun kita melakukannya......

Usah lah kita mendengar apa yang dikatakan oleh org lain tentang diri kita yg buruk......hanya mengambil pengisiannya agar boleh menjadi pedoman dan pengajaran bagi kita pada masa akan datang.,.....

Benar,tak kenal maka tak cinta
namun apalah erti jika ianya hanya perkataan semata-mata jika tiada tindakan............

jiwa kita bagaikan satu ukhuwah yang merapatkan segalanya
tanpa jiwa manusia takkan mengenal erti kehidupan
walau sesulit mana cabaran yang dilalui
ianya masih dugaan Tuhan
namun masih adakah yang sedar
dugaan itu untuk menyedarkan kita betapa besarnya ujian itu

memang manusia tak sempurna.....
memang manusia sering lupa
memang manusia tak mampu berfikir di luar jangkauan

namun manusia itu mulia disisi Allah.....

jadilah manusia yg mengejar kesempurnaan
agar kenikmatan hidup manusia diberkati oleh-Nya...

jadilah apapun kalian nanti,,,
pilihlah jalan Allah dengan penuh rasa kebebasan.....


salam tulus ikhlas.....

"SAYA HANYA BUDAK KAMPUNG@FELDA JER"
"SAYA BANGGA MENJADI KHAIREE KAERY SAHIL"

Khairee Sahil ᵀᴴᴱ ᴼᴿᴵᴳᴵᴻᴬᴸ


✔ Verified Official
© Profile Original
█║▌│█║▌│█║▌│

Sedihnya : KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero: Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...

Sunday, October 30, 2011

Cinta Manusia & Cinta Allah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..bertemu kembali dengan saya pada tatapan buat kali ini..Agak lama juga tidak menulis berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..Yelah,kadangkala kita harapkan sesuatu itu berjalan dgn baik namun kdg2 tak bertemu kebaikan disebabkan perkara yang tak mahu terjadi berlaku..

Pada slot kali ini..saya sajikan apa itu cinta dr mata saya..

Pengalaman saya tentang cinta itu agak luas..
Saya rasa cinta adalah sgt2 berharga bagi ssorg..
Jika kita lihat kebanyakkan remaja skrg sudah ada yg bercinta bahkan sanggup buat apa pun demi cinta..
Sebenarnya cinta yg tulus adalah cinta yg diredhai ALLAH...

Seperti saya telah dimakan oleh perkataan cinta..
Saya rasa saya sgt2 berjuang utk dptkn ssorg itu..
Segala kepecayaan kita berikan pada dia..
Kita baik dgn dia..
Namun segalanya hancur dgn sekelip mata
...
Saya begitu terpukul dan kecewa,,,
kdgkala saya fkir kenapa saya hidup dgn cinta..
sebenarnya Allah ingin menunjukkan cinta manusia ni bermusim..
Adakalanya dia akan sygkan kita..
Adakalanya dia akan jemu pada kita suatu hari..
Cinta manusia sememangnya sebegitu..
Kecuali cinta pada ALLAH..

Beginilah ye..
kita tak boleh percayakan cinta 100%..
cinta boleh buat kita merana..
cinta boleh buat kita seksa..
cinta membutakan segala..
cinta boleh merosakkan diri dan keluarga..
Jangan berikan segala jiwa dan raga pada pasangan anda..
melainkan dia benar-benar jodoh anda..
Kehidupan kita hanya sekali..
jangan pernah sia-siakan kehidupan ini hanya kerana cinta manusia yg entah akan kekal sampai bila..

Jiwa manusia ada pelbagai..
Jiwa manusia dipenuhi cinta..maka bertuahlah org yg mencintainya..
Jiwa manusia yang ada cinta tapi tak mendalam..bertuah yg dptnya namun kdg2 sakit disebabkan egoisnya..
Jiwa manusia yang ada cinta tapi tidak ambil berat..agak tidak bertuah sbb psgn biasanya suka mesej2..tapi dia ni x ambil berat..so reject lagi bgus dr berpsgn..
Jiwa manusia yg tiada cinta langsung..hati kering la konklusinya..

Wahai remaja..
Jgn terjebak sgt dgn cinta hingga merana diri..
Anda tu baru remaja belum pun dewasa..
Yang dewasa pun sama..
dah pndai fkir so ikutlah mana yg baik..

PERCAYA PADA CINTA KEPADA CINTA YANG DIPERCAYAI
PERCAYA PADA JANJI ALLAH YANG MANUSIA DICIPTAKAN BERPASANGAN
BERDOA PADA ALLAH DAN BERUSAHA JODOH YANG MANA DIINGINKAN
ALLAH AKAN MENDENGAR DOA-DOAMU..INSYAALLAH..

SEMUA YANG BERLAKU DLM HIDUP INI..
TIDAK SIA-SIA SEBENARNYA KERANA PENGALAMAN MENGAJAR KITA PELBAGAI KISAH..
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA..
YAKINI ALLAH..
CARI JALAN YANG PASTI BUATMU..
INSYAALLAH SEGALANYA AKAN BERJALAN LANCAR..

Sekian sahaja smpai disini coretan subuh2 ni..
Terima kasih..
I Love You IF you love me too as sincerely because ALLAH...
Assalamualaikum...

Friday, October 7, 2011

Diri Saya dan Anda Bagaimana?

Berkongsi mengenai diri..

Dia mempunyai keluarga yang bnyk membantu untk mmbangkitkan dia..

Dia seorang lelaki yang tidak pandai untuk berkata-kata seperti mana dia menulis..

Dia seorang yang suka ketawa,,ketawa dan senyum..kalau boleh kegiatan hariannya takkan terlepas dari ketawa..

Dia juga seorg yang memahami org lain,,namun kadangkala sedikit kepanasan keran hatinya tidak lah baik mana..

Dia seorang penyayang kanak-kanak dan haiwan seprti kucing,arnab dan hamster..

Dia seorang yang tak rajin sangat..suka berFacebook...kadang2 jek bukak buku..namun kalau exam,,mmg lintang pukang bukak buku..

Dia seorg yg kelam kabut namun sedikit tenang bila berkeyakinan..

Dia ada masa yakin ada masa tidak..

Dia seorang yang pencinta alam,,suka pada dedaun,,ranting2 kayu,,angin bayu...

Dia seorg yg suka capture gambar..walaupun rupa x sehensem Aaron Aziz,,namun pedulikan kata-kata org sbb mulut org xleh ditutup..cakaplah apa yg mahu dickp,,selagi x bertentangan dgn agama (gambarnya),,saya akan terus bergambar..

Dia mempunyai kwn2 yg sentiasa ada bersama..sygnya pada kwn2 seperti adik beradiknya..

Dia tidak kira berkwan dgn sesiapa sbb lebih ramai kwn lebih seronok,,lebih bnyk pglman...biar org kata mesra alam,,dia tetap akan terus berkawan..

Dia agak degil dalm satu2 perkara,,tapi dia akan bertolak ansur bila suatu perkara 2 logik..

Dia bukan tak suka dipuji tapi kdgkala pujian mmbwa niat yg lain pada diri...biar jadi yg sederhana walaupun setinggi langit..

Dia tidak berpenampilan kaya,,dia tidak berpenampilan seprti trend2 kini,,cuma dia seorg yg cuba mengubah utk mnjdi lebih baik..

Dia seorg yg berharapan tinggi,,,namun tinggi itu kdgkal ssh dicapai,,biar mula dr bwah...

Dia seorg yg penyabar setakat ni..tak peduli kata2 org,,tapi peduli gak kadang2..cepat down,,tapi masih ada kwn2 dan org2 yg suka mmberi nasihat...thnkz korg..

Penat bercerita ttg dia..

Dia itu adalah saya..

Bukan memuji diri,,namun saya mahu menghargai apa yang saya ada..kerana kelebihan atau kekurangan itu adalah suatu kemestian yang pasti ada pada ssorg..Kelebihan boleh diberi pada org lain utk meningkatkan keupayaan hidupnya...kekurngn boleh diperbaiki dgn mmpelajari ssuatu dr org lain..

Sesuatu itu xkn dtg sndri tanpa usaha..jika kita berfikr hari ini adalah hari org lain,,bila pula hari kita..

Bukan niat mengejar,namun berusaha utk mmbangkitkan diri agak diri tidak diperlekehkan pada masa akan datang,,

Ingatilah,,Allah sering bersama kita..dengan doa,,harapan,,niat dan usaha,,insyaAllah,,segala ssuatu itu akan berubah pada paksi kebaikan..Tanamkan azam mulai skrang kerana masa tidak menunggu kita,, namun kita yg mngjar masa.,..

Ya Allah,,ku syukuri nikmatmu,,Rasulullah,,idola hidupku..

terima kasih mak ,ayah,keluarga,,kwan,,guru2,,dan org2 yg sgt2 saya syg...doa saya hanya utk kalian biar bersemadi di dlm hati kalian..~~

Assalamualaikum dan Salam Muhasabah~

Thursday, August 25, 2011

Nota Daripada Sahabat Kepada Sahabat..


Kawan sgt bermakna bagi aku..

Aku menghargai setiap org yg berkawan dgn aku..

Nota ini ku tulis pada mu kawan sebagai luahan dan tanda terima kasih atas persahabatan kita..

1) Perkenalan kita adalah sejarah bagi kita..Mungkin kita masih ingat..mungkin kita lupa..senyuman kamu itu adalah suatu kebanggaan bagi aku..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg kawan cukup dengan ucapan "YA,AKU SUDI BERKAWAN DGNMU"

2) Perkembangan kita sebagai kawan itu sgt terindah..kesetiaan,,kemuliaan dan kebaikan itu adalah tanggungjawab kita..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg kawan cukup sekadar terimalah aku seadanya sebagai sorg kawan..

3) Kawan bertukar kepada sahabat...makin syg aku pada kamu semua..tiada yg terbaik selain kalian..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg sahabat cukup sekadar aku gembira melihat kau gembira..

4) Masalah kita adalah masalah bersama..Aku sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat org lain dibantu..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg sahabat cukup sekadar percaya pada diriku..

5) Kerenggangan adalah suatu kekecewaan..Persahabatan yg dibina sekian lama terpisah kerana masalah-masalah..Namun aku percaya,,kau akan dpt yg terbaik apabila tidak bersama aku..Aku tidak meminta lebih sebagai seorg sahabat melainkan senyuman padaku..

6) Andai aku melakukan kesilapan..tegurlah aku..berikan aku nasihat..Aku tidak meminta lebih sebagai seorg sahabat,,melainkan kemaafan yg ikhlas dr hatimu..

7) Dengarlah luahan hati ini :

Aku tak minta dipuji melangit..aku tak minta didekati dgn serapatnya..Aku tak minta utk sentiasa bersama..namun cukuplah sekadar menghargai diri ini sebgai sorg sahabat..

Aku telah melakukan pertolongan seikhlasnya buat kamu sahabat,,aku menganggap kesemuanya adalah sahabat aku..mungkin ianya perkara kecil,,namun ianya besar bagi aku kerana aku bnyk menghabiskan masa padamu..mungkin kadangkala kita tidak nampak perkara sebegini,,namun hnya org tertentu sahaja yg tahu..niatku baik utk membantu,,namun ada yg salah menafsirkan pertolongan itu..aku x minta utk dikenali,cukup kamu tertolong dgn masalah kamu..Untuk pertama kali dlm hidup,,aku bnyk menghabiskan masa dgn memikirkan orang lain..sehingga diri aku terabai..namun aku percaya,menolong org lebih besar faedahnya...namun kdgkala apa yg diharapkan tidak sama...

disebabkan satu kesalahan kita seolah disalahkan bertalu-talu..begitu jatuhnya semangat aku..dan begitu sesalnya diri aku kerana kesalahan itu..diluar aku nampak ceria..namun dihati hanya Allah yg tahu..aku x pernah membnci org yg berkata ttg aku,,kerana bagi aku apa yg dikata itu adalah betul..dan skrg aku masih berusaha melicinkan kesalahan aku dgn meminta maaf..namun,,tetap tiada jawapan..Jika benar tiada ruang kemaafan bagi aku,,terima kasih kerana telah bersahabat dgn aku walau seketika....kdgkala rasa kecwa kerana kita asyik berfikir ttg org,,namun org x berfikir ttg kita pun..

Namun,aku tahu semua ini ada hikmahnya..terima kasih sahabat2 yg bnyk memberi semangat padaku..teringat kata2 sahabat dulu,,terima kasih kerana membantu..cukup sekadar itu,memberi senyuman pada aku kerana dapat membantu walaupun sedikit..skrg,,dugaan ini masih baru..mungkin jiwa masih x stabil,,fizikal dan mental x sekuat mana..mungkin aku belum dewasa..benar kata2 org tu..namun aku redha yg aku dilahirkan mempunyai semngt rasa cintakan pd sahabat2 aku..walaupun rasa cinta mereka berlainan padaku..

Luahan hati x pernah menipu..inilah luahan hati aku..

Atas nama Khairee Sahil..

dia bukan seorg yg baik..

dia bukan sorg yg rajin..

dia bukan sorg yg sentiasa mnjaga kata..

dia bukan sorg yg patut diberi puji..

dia hnya manusia yg sama seperti semua..

dia hnya manusia yg menerima apa sahaja yg dikatakan org..

dia menggunakan sifat sabar sebagai jalan..

dia mudah memaafkan manusia..

dia menerima apa jua sifat baik atau buruk menjadi kwn dia..

kerana aku lebih mengenali diri aku daripada kamu..

~~Syukur aku x sendiri..aku masih ada kluarga dan aku masih ada org2 yg berada dismpingku iaitu sahabat-sahabat terbaik aku..mungkin dgn kata-kata aku,,cara aku membuat kamu terasa..aku meminta maaf...beri ruang dan masa utk aku membina diri..kalau berjmpa dgn aku,,senyum sahaja itu sudah memadai..kerana senyum dibibirku xkn aku lepaskan sehinggalah penghujung nyawaku..Perjalananku masih jauh dan memerlukan sahabat dalam hidupku kerana sahabat adalah utk selamanya..~~

Jika RAMADHAN DAN SYAWAL ini yg terakhir bagi aku dan sahabat-sahabat,,halalkan segala yg telah diberikan padaku..dan terimalah kemaafan aku..seburuk apapun aku,,terimalah aku menjadi sahabatmu..

Terima kasih..~~

Wassalam..

Thursday, August 11, 2011

SEKRETARIAT KARISMA UniSZA - PROGRAM SALAM UKHUWAH RAMADHAN BERSAMA KARISMA UniSZA



Assalamualaikum

Alhamdulillah,,akhirnya berjaya juga kami seluruh warga kerja KARISMA UniSZA melaksanakan Program Salam Ukhuwah Ramadhan Bersama KARISMA UniSZA bagi student Diploma sesi kali ini..walaupun pelbagai kekurangan dan kesilapan yang berlaku,namun semuanya dapat diatasi oleh kami semua..Terima kasih kepada warga kerja yang bertungkus lumus sepanjang program berlangsung..Walaupun tidak ramai yang hadir pada malam itu,namun suatu kebanggaan bagi kami apabila satu program yang bertemakan kerohanian dapat dilaksanakan dalam Sekretariat KARISMA ini..Sekalung ucapan terima kasih bagi semua yg hadir pada malam itu..Semoga ukhuwah pertama kita semua pada kali ini dapat dikekalkan sehingga pengakhirnya..InsyaAllah..

Diharapkan selepas ini,anda bolehlah mengikuti lagi program yg akan dilaksanakan oleh KARISMA..Segala kekurangan harap dimaafkan..Yang buruk itu dtg dri kami,,yg baik itu dtg dari Allah..Salam Ketulusan dari kami warga kerja Program SALAM UKHUWAH RAMADHAN BERSAMA KARISMA UniSZA..

Sekian,Wassalam..

"RAKAN SISWA HEBAT"





Friday, August 5, 2011

KeRana DiriMU BeGitu BerhaRga..

Assalamualaikum..
lama x update blog ni..
xpe mcm nk cerita tapi masalahnye masa x ckuplaa...

xpe,,,saya kan busy,,

nak citer ckit ni,,
saya ni xdela hensem mana,,tapi adalah mcm Aaron Aziz skit..
mmg xnk berlagak,,tapi masalahnye kalau org da kata,,xkn la nk tolak..
rezeki jgn ditolak,.
ni la saya yg skrg..





dah tgk puas kan..
xyah tgk lagi la..nak tgk saya jadi artis lak..
kalau ade org tnya saya..saya jwb no komen..perlu ke??saya ckp perlu jek..huhu



da bis tgk kan..inilah Khairee Sahil

penat da menaip...
jmpa lain kalila..

banggalah menjadi diri anda yg sebenar kerana tiada siapa yang boleh membanggakan kita selain diri kita sndri,,,kerana dirimu begitu berharga..

assalamualaikum~~

Monday, June 13, 2011

Pembantu Mahasiswa Minggu Mesra Siswa UniSZA Sesi 2011/2012

Assalamualaikum...

lama x menaip nmpknya...
sbb bz sgt...
balik pon awal...
2hb da balik unisza...
mmg best la pglmn balik awl..
hehhee
padahal sakit...
mmg best r...

sertai minggu mesra siswa satu jangkaan luar biasa...
sbbnya dpt jmpa junior2...
x sabar rasanye...
dan ini adalah sbhgian gmbanya,,,








best kan...jadi unit protokol dan jemputan..trademark..MATA KE ATAS TANGAN KE DADA...

hahahha....
dan inilah saat paling berharga..thnkz to MPP sbb bg peluang ni kat saya...
saya sgt hargainye...
pd junior2...selamat belaja dan saya ucpkn slmt maju jaya..
kejayaan anda ada dimana-mana,,hnya pilihan mnjdi misi anda...

okla disini saja lah.....
selamat...
assalamualaikum..=)

Saturday, May 21, 2011

BAGUS ATAU MEMANG BEGITU...

Assalamualaikum,,
Bingkisan kita pada kali ini adalah bagus atau memang begitu?..Pasti kita tertanya apakah yg menjadi maksud tersirat kata-kata sebegini..Dalam erti kata lain bagus itu adalah baik..dan memang begitu adalah tetap itu sejak dulu..
Sebagai permulaan,,mungkin kita agak runsing dengan maksudnya..Namun setelah kita memahami isi begini,,pasti akan membuka mata kita kepentingan perkara sebegini..

Sebelum itu,,adakah kita sebagai manusia yang kurang berpengetahuan tentang sesuatu perkara itu mudah disalahkan kata-katanya??atau tidak boleh berkongsi dengan orang yang tinggi ilmunya??..

Kita adalah manusia yang bukan sempurna..namun kita masih ada jiwa untuk berkongsi dengan orang tentang apa yang kita miliki..Sedangkan kadangkala orang berilmu tinggi yang kita harapkan bingkisan daripadanya,,namun semuanya sia-sia..Biarpun kadangkala ada yang memberi bingkisan,namun disebabkan terlalu dalam pengetahuannya,menyebabkan perasaan mengetahui sudah ada dalam jiwanya..dan tidak perlu memberitahu lagi..apakah ini menjadikan diri mereka hebat,,sikap mereka yang kadangkala BAGUS menyebabkan kita sendiri terpaksa sabar dengan mereka ini..Bukan mempertikai apa yang mereka ketahui,,sekurangnya berikan sedikit ruang untuk bercerita..walaupun sudah ketahui,,adakah sama sebiji dengan apa yang diingatkan dimindanya??..

Menghargai itu lebih susah daripada menjaga..Menjaga hati manusia..Ada jalannya..kita pilih mahu atau tidak mahu..Jika mahu,,penghargaan adalah menjadi penghormatan baginya..namun kalau kita tidak mahu,,seolah-olah apa yang kita berikan itu adalah seperti sampah……Kami yang berpengetahuan sedikit memerlukan pengetahuan seluasnya..ada iringan untuk mencari sesuatu…bahkan anda yang memiliki segala pengetahuan…seakan sombong,,bongkak,,sindiran yang kadangkala kami terima..((segelintirnya))…Berhentilah menjadi manusia yang terlalu bagus atau sempurna bahkan diri sendiri tidak sebagus mana..Jika anda memang begitu,,biarkanlah..ketulian adalah kerja mereka…

Kesalahan bukan pengakhiran..belajarlah untuk memperbetuli kesilapan..bukan belajar mencari kesilapan orang lain..bagi anda,,kemenangan adalah selalu milik anda…namun,,kemenangan bukan permulaannya…namun kemenangan adalah kesangsian anda..jadilah orang yang kalah terlebih dahulu supaya anda lihat kesilapan dan betulkan,,setelah itu,,jadilah orang yang menang supaya kehidupan penuh bermakna dan hidup dengan tanpa rasa benci…

Percayalah….InsyaAllah,,jika kita mencari setiap apa yang menjadi kesalahan dan betulkan..kita akan berjaya suatu hari...Teruskanlah menjadi orang yang berpendapat,,membaca,,bercerita agar minda kita selalu mengembang dan bukan jahil…
Sekian dahulu disini,,jawapan yang anda ingin cari itu terletak pada diri anda sendiri..nilailah dengan sifat KEBERSAMAAN…

Syukran…terima kasih..thank you..
MENANTI TOPIK : KEHIDUPAN

Sunday, May 15, 2011

INILAH DUNIA...SAHABAT!!!!!!

Assalamualaikum....

SIAPA KATA TAK BOLEH BERJAYA

siapa kata tak boleh berjaya...
kita dlm dunia ni bukan x boleh berjaya tapo kenelah berusaha,,insyaAllah kita akan berjaya...semua perlara tiada yg mustahil...jika menjadi takdir Allah,,kita akan berjaya...hidup ini pelbgai rntangan,,namun jika kita kuat kita akn berjaya menempuhinya..tabahkan hati kita bersma-sama doa sbgai perisai utama melawan rntgn..

KAWAN-KAWAN YANG SAYA HARGAI

kekaguman terhadap kwn aku ni memang tip top la..
dlm ssh diorg tolong
senang2 bersama
kalau nk ikotkn diorg la family aku...'
family yg sgt aku syg...
terima kasih mnjd sahabat aku..
nak ditunjuk sorg2 memang ramai..xpe..kita tnjuk laki la...



yang ni Naqiuddin...dia ni polis suksis kat UniSZA....kelebihan dia ni suka kelentong org.....tapi dia ni hatinya baik..suka tgk dia ngn Nisak...hope korg kekal k....amin....nk kenal..no dia....017 bla bla bla...wekk.....
seterusnya...



Ini Hanafi..panggi dia napi..atau mat la..dia ni putih mcm tisu....lau lap pun da nmpk kotor...hahha....dia ni baik,,ramai peminat...no die celcom..xleh mahal,,xyah msj.,,hhahah..pas2 dia ni bab2 makn cerewet..((dia kata la)))....tapi ttp syg dia,,,,sbgai kwn k...pkir lain pulak...
seterusnya..



ini Amiruddin..atau amir.dilahirkan di Segamat..seorg yg sgt heppy,,and then dia ni baik...same ngn org lain...biar org nk kata ape kat dia...ape mir??x peduli..ye farok..hehhe..nk no??...xyahla...xnk bagi....
seterusnyaa..ade lagi..



Ini dia...lelaki hangat..kah3...Hafiz namanye..hidup serada..hehe....dia asal ganu..dia bab main game mmg punahla..kalau duk diam..cam ayu jekk...diam jek,,malu2..kalau marah,,,em,,,bestla,,sbb dia marah 2 main2..heehe....tapi dia ni baik la...bebeh...hahhaa....
seterusnya,,yg akhir...



Yang ni Azrin...atau Ayen Toyen..xtau nape g2...tapi dia ni jugak antara yg ramai peminat,.,,,,aku guess la..hahha...dia baik sama cm yg lain..rajin stdy dan kdg2 sama cm kiteorg malasnye..kah2...ape pun nk msj..no no no...dia da de yg pnye..hehhehe....

Ape pun kesmuanya mmg kepala otai dan gila2 cam aku,,,
dan ini gmba kami semua..



kenangan sem lepas mandi kat sekayu...
korg mmg best....
dan aku hrpkn walau kita berpecah nnti,,kita still contact n sesama tau...
korg la shbt aku kat UniSZA....
pendorong smngat aku...
Sayang korg.....

Sampai disini sahaja...em..jmpa lain kalilah...

lepas ni topik....

BAGUS ATAU MEMANG BEGITU....

sekian..disini sahaja penulisannya...
assalamualaikumm...=)

Saturday, May 14, 2011

HAMPIR KE SITU....BUKAN LAGU YE!!!!....

Assalamualaikum....

SEMAKIN HAMPIR

Dah 5 hari berlalunya Birthday aku...aku dapat rasakan sesuatu yg baru telah muncul dlm diri aku...aku semakin minat untuk menulis dan mencipta sesuatu nukilan..entah apa yg menjadi pendorongnya namun aku semakin meminatinya....walaupun org katakan kdgkal bosan sbb terlalu sastera atau meleweh,,bagi aku semua ini merupakan kelebihan sesorg,,,jika kita pndg dr sudut positif,,hasilnya nanti semua itu akan menjadi ikutan dlm diri...biarkn org mahu berkata apa ttg kita,,jnji kita ttp dgn pendirian kita kerana kita berjaya bkn kerana org lain malahan kerana diri sndri,,,,

TERIMA KASIH

Terima kasih diucpkn kpd kwn2 yang telah wish birthday kat aku..sgt2 dihargai kerana bukan mudah utk org melafazkn melalui kata2 biarpun semuanya melalui kata-kata....semoga anda juga dipnjgkn umur,murah rezki dan berjaya didunia dan diakhirat..amin..=)

KERINDUAN

Tidak dinafikan,,sgt rndu pd kwn2...semuanya dihrpkn sihat ye sbb sgt2 ingin berjmpa kalian nanti..yg duk jauh 2 bwkla ole2..hehhe....love u all....

Siapa kata kita x boleh berjaya????,,,,
nantikan semua ini..nantilahh...
hahaha...
kepada semuanya...syg syg syg korg...
jiwang sudahh....
xpe..jnji kita heppyyy.....

okla setakat ini shaja tgn ini nak menaip..
semoga kita bertemu lagi diwaktu lain...
syukran..
Assalamualaikum....

Terima ksih...

SIAPA KATA KITA TAK BOLEH BERJAYA??????

Monday, May 9, 2011

Lelaki Bersama Wanita...Wanita Bersama Lelaki...

Tiada yang perlu dikelirukan,,,,

Lelaki dicipta utk wanita..

dan wanita dicipta utk lelaki..

jika tiada perselisihan ini,,

manakan tercipta kisah Adam dan Hawa...



Namun kepelikan menjadi tanda tanya...

mengapa hari ini menjadi kebangkitan percetusan antara lelaki dan wanita...

kurangnya ilmu jiwa dan ilmu hati dalam diri manusia

ceteknya pengetahuan mereka..

agama yang menjadi penilai kita..

namun tidak seorang percaya tentang rahsia lelaki dan wanita dalam agama...



Lelaki itu kuat,,,

namun wanita lemah..

perlukah ayat sebegini..

kelemahan bukan suatu permulaan kepada kekalahan...

dan kekuatan bukan suatu pengakhiran bagi kemenangan...

keduanya memiliki sifat tersendiri...

usah dihina kekurangan

namun pujian kelebihan mereka sebagai tanda syukur.



Lelaki...

kekuatan lelaki terletak pada kesabaran...

kebangkitannya menyelesaikan masalh..

kecekalannya menghadapi rintangan dalam kehidpan...

pengorbanannya merungkai seribu satu kesusahan...

airmata sebagai rahsianya dihati...

dan semangatnya yang tak pernah putus...

perjuangkan kebenaran seperti Nabi Muhammad...



Wanita....

kekuatan wanita terletak pada hatinya..

kelemahan sebagai pencetus keberanian...

sanggup bersukar demi insan bergelar anak..

gelora yang melanda sebagai landasan kematangan...

kesetiaan sebagai godaan dlm kehidupan...

kejayaannya menjadi tulang belakang kepada lelaki...



lelaki dan wanita adalah manusia yang sama..

manusia yang mulia disisi Allah...

keduanya wajib bertafakur padaNya..

Apa yg silap pada mereka jika mereka berpisah..

tepuk dada tanyalah iman...



Wjudkan cinta antara lelaki dan wanita...

cinta yg suci bersama tasbih..

kasih yg sempurna,,,,

niat hnya kerana Allah...



Renunglah dan hayatilah kerana lelaki dan wanita bukan seorang yg asing bagimu...

Namun juga Ayah dan Ibu mu...

hargai lah sebagai manusia lelaki dan wanita...hargai sebesar maruah peribadi mulia...

Saturday, April 30, 2011

Semester Yang Bakal Berakhir..

Malam ini merupakan adalah 7 malam sebelum berangkat pulang ke Johor,...pelbagai kisah yang merungkai segala kenangan yang tak akan ku lepaskan..Walaupun berlalu dengan pantas,namun aku tetap meneliti setiap perkara dgn sefokusnya....Dinner yang baru berlalu 3 minggu merapatkan lagi hubungan antara kawan-kawan sekelas...Makan semua sedapla...tapi biasalah...ade juga kekurangan dan aku tak suka sgt daging dia..hahhaha/...Apa pun kita enjoyyyy.....

Ini antara gmba-gmbanye....








dah puaskn tgk gmbanye....korg tgk mesti bestkan...inilah dia keluarga besar Diploma Perakaunan....sayang korang...

Sekarang bertukar cerita pula kepada hari solat hajat bersma kwn2 lelaki....best sgt dpt berkumpul bersama..mudah2an...sgalany berjln lancr utk hdpi peperiksaan...

lepas tu,,nak cerita lagi tentang berjalan-jalan ke pasar malam...ni gamba...haahahha..bersama syafiq,awin,wiwin,ema,aizat,izyan,anis...hehe....



Begitulah kisah ketika semuanya sebelum berakhirnya semester ni....pelbgai cerita yg akan dikongsikan...InsyaAllah...semoga jmpa lagi nanti...hehhe...sebelum berakhir..Good Luck kwn2..n assalamualaikum....

Wednesday, April 6, 2011

Hari-hari yang bakal Berakhir....

assalamualaikum....

hari-hari yg bakal berakhir....

x lama lagi sem 2 pun nak tamat....
keje masih x siap lg

t x jmpa kwn2 la...
t housemate n roomate pon x sama

emmmm....

org kata kalau x knal maka x cinta...

kalau da knal rasa ssh nk brpisah....

dan selama sem ni....kalau ade wat salah...
mintak ampun ye...

rndu kat korg t...

tapi jgn lupa kite akn jmpa sem dpn lg...


hehhe....

segerakanlah khidpan yg kita rasa mmbwa mkna...

dan perlmbtkn lah khidupn yg mmbosnkan kta....


salam keikhlasan..

Khairee bin Sahil....

Monday, April 4, 2011

Teater MAYAT....

Assalamualaikum....lama sudah x update blog nie...
rasa mcm da setahun...
Maklumla bnyk keje,busy dgn homework,,nak final lagi pas2 dgn teater nya...
tahun ni merupakan tahun utk sibukkn diri sjak naik pgkat sbgai TYDP2 kan...
em,,malas nk pgang jwtn tapi nk wat cmne terpilh,,,so,,terpksa,,,

Kita bgkitkan cerita ttg apa yg berlaku spnjg bulan Mac ialah test akaun yg mennjukkn aku mampu buat....em,,aku fikir aku xleh wat utk diploma ni tapi alhmdulillah mmpu jugak....

Lepas tu aku busy ngn teater MAYAT,,,,aku jadi orang luar....





Aku bersama Grace,Wani,Hani,Farah,Sheeda dan Wana bertgkus lumus utk jayakan teater ini

Teater ini akan berlgsg pada 9 April 2011 bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah,UniSZA...pada jam 8 MALAM....

inilah poster yg diedit saya....PELAKON DAN TENAGA PRODUKSI,..






hehehe,,,,,cntek x??hhehe
okla...smpai sini jek....
ngntuk nak tdo..
assalamualaikumm...

Monday, February 14, 2011

Detik Ini....

Detik ini,,,aku rasakan segalanya palsu belaka...
Kerana tiada siapa tahu akan diriku yg sebenar....
Jiwa yg dulu begitu terhina...kini org mmndg mulia...
Benar,,,aku tidak sebaik mana,,,,
aku tidak sejangkal mulia mana....
Namun aku tetap menyayangi dan menjaga.....
Jika hari ini aku melihat pada sunia...
mungkin aku salah satu dari sifat itu.,,,


walau aku kejam pada sifat itu....
walau aku kabut dgn senada ribut....
bukan terhalang sedkit pun...
aku bukan sarung pada hati...
tapi aku sarung pada mata ku...
telinga ku
hatiku
semuanya utk sifat itu....

pergilah secepat ini sifat itu..
aku ingin diriku yg baru...
baru dari segi perhatian ku
jgn kita sangka semuanya yg dtg burukkkk
ade yg baik...
Tepuk dada tnyalah iman...

Saturday, January 15, 2011

Hidup Persahabatan Pelbagai Gelora.....

Setiap manusia takkan lari dari kehidupan yang mencipta pelbagai perasaan kerana kehendak putaran hidup manusia memerlukan sinaran....tanpa jiwa siapa boleh berkata dgn penuh perasaan....setiapa apa yg dilakukan dimulai dengan niat...hati dan perasaan perlu bertekad agar segala yg dilakukan mendapat berkat..biar x melarat....tapi sentiasa terikat.....segalanya bermula disini...



ERTI HIDUP

Angin...kau membawa...

bahteraku,,kemana mahumu...



Dikamar daku sering bertanya,mana tempatku di dunia

tepuk dada tanyalah selera..

Jika daku ingin berjasa,memberikan hidupku makna,

tepuk dada tanyalah selera...



Kiniku mengenali..erti hidup yg diberi..

Dunia jadi saksi,liku-liku kan ku harungi,,,,



Tidak lagikan ku disitu,menyaksi kehidupan berlalu,

kan ku kerah darah keringatku,,

Tiba waktu aku tiada,tidak akan daku sesali,

daku hidup caraku sendiri....





Ketika kita sedang lena dibuai perasaan dan niat kita,,benar semuanya terindah...

irama juga sealun dgn nadanya...

jiwa yg sangsi kini telah tenang...

permulaan yg ckup indah....

begitu juga dgn sifat manusia yg tidak mampu hidup keseorgn

jika disandarkan niat utk bersama...

biar seribu dugaan menimpa,,

namun tetap jua ingin bersama....



nilai lah hati kita agar persahabatan tidak bertukar mnjadi cinta.....niat kita perlu stabil untuk kebaikan bersama.....



SEINDAH BIASA



Jangan pernah takutku tinggalkan..

saat bintang tak mampu lagi berdendang..

saat malam menjadi terlalu dingin

hingga pagi tak seindah biasanya..



Takkan mungkin kita bertahan

hidup dalam bersendirian

panas terik hujan badai

kita lalui bersama



Saat hilang arah tujuan

kau tahu kemana berjalan

meski terang meski gelap

kita lalui bersama



Ku tak bisa merubah yg telah terjadi

tapi akukan menjanjikan yg terbaik

agar kita tak pernah menjadi jauh

meski beza dermaga utk kita berlabuh



Pernah kita jatuh mencuba berdiri

menahan sakit dan menangis

tapi erti hidup lebih dari itu

dan kita mencuba melawan...





Kehidupan yg penuh dgn persahabatan sangat indah jika kita bersama

tiada gelora

tiada sangsi

tiada keliru

tanpa iri hati

tanpa dengki

jadilah kita sebgai kita

hati kita mudah dipalu dgn amarah....

janji kita utk bersama juga mudah terlupa jika bisikan itu menusuk ke hati

tiada apa yg terindah selain persahabatan

walaupun cuma berdua.....



BERDUA LEBIH BAIK



Lihat awan disana

berarak mengikutiku

pasti dia pun tahu



Ingin aku lewati

lembah hidup yang terindah

namun harusku jalani



Berdua dgnmu

pasti lebih baik

aku yakin itu

bila sendiri

hati bagai langit

berselimut kabut



Pada mulanya kita sangat bahagia,,,,

dimana kita bersma

di pelbagai sudut kita terbyg wjhnya...

pershbtn bgaikn serungkai jiwa yg terindahh

zaman yg paling gembira....

indah jalinan bersama bagai sahabat sejati

namun bagai tidak disngka persahabatn mnjadi cinta....



CINTA



Menapak jalan yg menjauh

tentukan arh yg ku mahu

tmpatkn aku pd satu pristwa yg mmbuat hati lara



Didekat engkau

aku tenang

sendu matamu penuh tnya

misteri hidup akankah menghilang dan bhgia di akhir cerita



Cinta...

tegarkan hatiku

tak mahu sesuatu merenggut engkau

naluri ku berkata tak ingin terulang lagi

kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa



Aku junjung petuahmu

cintai dia yg mncintaiku

hatinya dulunya belayar

kini telah menepi

bukankah hidup kita akhirnya bahagia



Cinta bagai saja ada

yang terjadi biar saja terjadi

bagaimana pun hidup ini hnya cerita

cerita ttg meninggalkan dn yg ditgglkn

cinta.....



namun bila semuanya sangat indah....

segala janji yg terpahat bagai dilupa

gelora kini sdg melnda....

jiwa sdg diuji...

dgn cinta yg lama dtg kmbali.....

dia terpaksa akur...



BILA HARUS MEMILIH



Dulu kau pernh berjnji pd diriku

utk mnjaga dan mnyayangiku

itu bererti sampai akhirnya kau mncintaiku



Kini kau ingn kmbali htku

stlh kau prgi mngglknku

haruskah hti mmberi ksmptn drmu...



Haruskah aku percaya

sgl yg kau ucpkn'

kata2 maafmu

kata2 mmhon

utk kmbali kpdku



Meski cntaku pdmu

lbih dr yg kau thu

nmun mngrti ksih

x semudhnya itu

melupkn yg tlh kau lkkn pdku



Beri aku waktu

utk mmkirkn yg terbaik

cinta jd dilema

pergi ataupun kmbali....



sedng yg kini dicintai

yg lama dikasihi

bagaikan berlari

ntah bgimana ingin diubati

jiwa nya sdg buntu

bagaikan semua berakhir stlh semuanya pergiiiiii



RIWAYAT CINTA



Gerhana yg melnda slrh alm smsta'

dunia glp snyi tnpa chya

bgtulh htiku terasa



Siapa yg berani bernfs dlm drita

mmbiar gelora saat jdi sgsara

dicengkam sedh yg x trduga...



Kemana hilgnya keindhn yg ingnku tmbh

diselimut rasa sepi keseorgn

dihiris kelukaan



Sentuhnmu yg pertma

bagaikn madu mnyiram asmara

tapi itu hnyalah kpalsuan

trsgkr aku di dlm khyalan



Perlukah aku bercinta

andai hidup berteman airmata

biarkan saja aku bersendiri

usah kau mmndg wjhku lgi...



Ssghnya,,,tiada jln redup utk bersama

ku rela kpdihn mnjd luka

berakhirlah riwayat cintaku...



jika dia pergi...

hilang suasana ceria

kita tiada jiwa

bgai kosong

biarkan hati ini terluka sndiri

krna slhku sndiri

baru jiwa tahu sahabat dan cinta adalah satu



SAHABAT



Sahabat

mengapa kau pergi tinggal aku sendiri

kau tahu ku x sggp



Sahabat

ingtlah

kau sllu jd yg terbaik...

walau kau x disini lgi..



Sahabat

aku rndu pdmu

dtg walau sesaat

ku ingn kan kau hdir



Aku disni dah mnggu

diam tanpa dirimu

kau tahu ku x bisa

beranjak terbg dn mlyg

tnpa dirimu ku x bisa

dan kembalilah.....



Takdir Allah menentukan segalanya....kadang kita jua merasa sepi....

tanpa dia

kita kesunyian

bila dia kmbali

kita meratapi

kita kesali...

namun x siapa tahu niat jujurnya

dia x mahu putus sahabt,,,,

biarkn semua tahu....

cinta yg terputus'

tak memutuskan hati persahabatan...



SEJUJUR HATIMU



Kau ucpkn kata2 yg x ku duga

bersungguh dirimu melamar hatiku

baru smlm kau nyatakn sangsimu

tiada pggntinya buatku....



Siapakah diriku

yg benar buatmu

seihlas htmu

apa kau rskn

diwjh curiga

berbicara

hatiku bukn mainanmu

ucaplah sejujur hatimu



Ku ckup beranikah ku nyatakan cinta

apa kah benar aku yg kau ingnkn

kau bgikn sinar

smmgnya ku gusar

bimbg chya ksih jd gerhana....



sinaran persahabatan kini telah mnjelma

walau cinta yg diingini berthn

tak mampu ditgkkn...

namun semua itu hnya khayalan

kerana hubungan persahabatan mampu dibawa

ke mana2...

tanpa gusar...



biarlah kita mnjaga nya...

supaya nanti di akhirnya

kita akan bertemu di Syurga

InsyaAllah...



KU ADA KAMU



Dikala ku kehilangan

di dlm kegelapan

kau suluhkn sinar ptnjuk



Dikala ku kesedihan

kau ukirkn snyuman

dgn pnuh sbr mmjuk...



Engkau mnymbut tiap kali aku terjatuh



Andai hari esok

langit akan runtuh

tabahlah menjunjung bersamaku



Andai hari esok

dunia gelora

xkan ku gemuruh selagiku ada kamu'



Dikala aku tak pasti

kau tampil dgn berani

membimbing agr lbh ykin



dan bila hidup pnuh soalan

kau berikn jwpn

mlgkp semua kkrgn

Engkau mnymbut tiap kali aku terjatuh....





Andai hari esok

langit akan runtuh

tabahlah menjunjung bersamaku



Andai hari esok

dunia gelora

xkan ku gemuruh selagiku ada kamu



tidak mungkin diri ini mampu

hidup tanpa doronganmu



Andai hari esok

langit akan runtuh

tabahlah menjunjung bersamaku



Andai hari esok

dunia gelora

xkan ku gemuruh selagiku ada kamu



segalanya bagaikan telah tertulis dgn susunannya

walau kita terpaksa meredah pelbagai glora namun sinar kebahagiaan itu masih ada

di hujung jiwa kita ini

terletak satu makna

jika kita pandai mencari

tidak sia2 kita hidup di dunia

namun jika kita hanya sekadar mnggu

bkn jwpn dipinta

nmun soaln yg tertmbul.....



Tiada sandarn yg pntg selain mnjaga ukhuwah kita teman...

sahabt...

kawan

perkariban



Berdoalah tanpa sengsara dtg...

jika ingin melihat dunia persahabatn kita

dijulang hingga ke Syurga....



Amin...



ditujukan kepada kwan2...sahabat dan yg tercinta.....





KHAIREE SAHIL....

Luahan Untuk Sahabat...

Kawan....



aku bukan sangsi padamu....

aku bukan tak sayang padamu...

tapi aku malu....

malu dgn diri aku yg tiada istimewa...

kadang kau pun tak suka padaku

kadang kau pun terlintas benci padaku...



dan lama kau akan meluat dgn diri ku...

aku sedih kerana kadang kau berkata tajam

aku tersinggung namun aku sembunyi

aku manusia biasa....

aku x lebihh

perasaan 2 ada pada aku...



kalau engkau rasa aku seorg yg x layak...

aku rela dibencii

aku rela dikutukmu

aku rela kau hina

aku rela segalanya jadi pada aku..

kerana aku syg kan engkau



aku x pernah rasa benci kat kau

aku syg hubungan kita

saling bersama

jika kau rsa aku manusia yg terlalu menunjuk

ya,...

aku manusia paling teruk...



aku hina diri aku

aku benci hidup aku

aku benci diri aku

semua dalam hidup aku palsu

tiada yang tahu siapa aku

aku bukan seperti kau

kau terlalu baik

kau sangat baik

kau adalah sahabat aku

kehilangan kau kerana salah aku



aku yang salah pada kau...

aku luahkan ini utk kau

utk kau tahu betapa sygnya hubgn kwn kita...



kalau aku x wujud dlm hidup kau

mesti kau sedang gembira

x beban dgn aku

x fikir ttg aku

aman dunia ini tanpa aku lagi

suatu hari aku pasti akan pergi dari dunia ini...



mungkin tak lama lagi...

mungkin esok

mungkin hari ini..

mungkin selepas kau membaca..



aku harap kau faham

aku harap kau mengerti

aku x sempurna

aku manusia bodoh...



maafkan aku jika kau tersinggung...

aku syg kwan2 aku....





AKU SYG KORANG......



Biar nanti kita terjatuh,aku akan mnyambutmu,,

jika nanti aku terjatuh..

teruskan larianmu...

mencari ilhammu...

kerana biarkanlah aku keseorgn terdmpar....

kerana aku ingin lihat kau berjaya

semasa kepergian aku nanti....



mungkin perpisahan kita hanya kematian....



TERIMA KASIH SAHABAT....

kerana kau yg terbaik....

Friday, January 7, 2011

Cerita di UniSZA.....

Assalamualaikum.....

memang takdir Allah...
segalanya berlaku atas kehendakNya...

benjir telah melanda disini..baru seinggu kat sini da banjir...

air betul2 naik...

suatu jangkaan yg sudah pasti pd hari pertama hujan...

kawn2 semua diminta berjaga diri supaya x de pape spnjg banjir ini...

jgn tdo2 jekk...
malas2...
study oiii..
aku pon malas gak


hahahhahah


wei...bukan ape...
masalahnye...
malas 2 mmg semula jadi...
kalau aku FB atau BLOG...2 x malas la
maklum bab2 ni aku mmg rajin....

kalau nak tgk gmba ade jek...

ni ha....









cantek x???hahha,...komen la sndri....

sejuk 2....

okla....spai disini jek celoteh

semoga jumpa lg...
wassalam.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...