Followers

Saturday, November 5, 2011

Kisahku Dulu Hingga Kini

Assalamualaikum dan Hello2 kepada semua warga Blogger...!!

Sebelum nak follow ke atau tegur-tegur bacalah dulu ye...

*Nama : Khairee Sahil
*Tarikh Lahir : 9 Mei 1992
*Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
*Asal : Johor Bahru, Johor

Seterusnya,,adalah family yang menjadi kebanggaan saya...
*Nama Ayah : Sahil Sarbon
*Nama Ibu : Hamidah Ismail
*Nama Kakak Sulung : Hafizah Sahil
*Nama Abang Sulung : Mohd Hezry Sahil
*Nama Kakak Kedua : Nursahaniza Sahil
*Nama Abang Kedua : Hairil Azwan Sahil
*Sayalah...=)

Juga tidak lupa kepada ketiga-tiga anak sedara ku..
*Pertama : Amirul Akhbar
*Kedua : Hakimi
*Ketiga : Ratna Puteri Balqis
yang lain-lain akan dtg maybe anak sendiri..=P

Makanan Kegemaran : Mee Goreng & Ayam Goreng
Minuman Kegemaran : Milo Ais @ Milo Panas

Idola :
Penyanyi : Dato' Siti Nurhaliza & Aizat & Akim & Ziana Zain
Pelakon : Erra Fazira & Aaron Aziz
Pelawak : Johan & Zizan
Muzik : Ballad, Pop, Rock, Ethnic, Jazz, Nasyid

----ISLAM AGAMAKU..NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH..ALLAH MAHA ESA----

Mendapat Pendidikan :-
1998-1999 : Tabika KEMAS Felda Inas
1999-2004 : Sekolah Kebangsaan Felda Inas
Sekolah Agama Felda Inas
2005-2009 : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pinang,
Bandar Tenggara, Kulai, Johor.
2010-Kini : Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) -2011-

Pengalaman Dan Kejayaan :

(1998-2004)
- Pernah melibatkan dalam bidang nyanyian
: Johan Pertandingan Bakat Tabika KEMAS
: Peserta bagi Pertandingan Nasyid Sekolah Kebangsaan dari 2002-2004
: Peserta bagi Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka secara berkumpulan dari 2002-2004
: Membuat persembahan pembuka juga penutup dalam Sambutan Majlis Hari Guru dan Majlis Hari Ibu
: Pernah melibatkan diri dalam Persembahan Koir Majlis Perpisahan

-Lain-lain
: Menjadi Watak Utama dalam sebuah sketsa Anti-Dadah
: Naib Juara dalam Pertandingan English
: Melibatkan diri dalam Pertandingan bercerita peringkat sekolah dan daerah
: Kejayaan Akhir UPSR 2004

(2005-2009)
- Pernah melibatkan diri dalam bidang nyanyian :-
: Koir Peringkat Daerah
: Hampir menjadi peserta ujibakat Bintang Asli Remaja 2009 namun ditolak selepas beberapa latihan atas komitmen lain
: Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia (2009)
: Membuat persembahan ketika Majlis Makan Malam Bagi Calon SPM 2009

-Lain-lain
: Melibatkan diri dalam aktiviti jualan sebagai pengurusan kewangan
selama setahun
: Menggiatkan diri dalam Pertandingan Mendeklamasikan Sajak selama 5 Tahun..(menjadi Juara sekali)
: Debat English @ Melayu
: Pertandingan Pesta Pantun selama dua tahun
: Anugerah Cemerlang 2008 dan 2009
: Menggiatkan diri dalam Pertandingan Akademik bagi sesuatu subjek selama dua tahun berturut-turut (Prinsip Perakaunan,Sains,Mathematic)
: PMR 2007 (Kejayaan Pertama)
: SPM 2009 (Kejayaan Kedua)

-2010
: Pernah bekerja selama 3 bulan di Kedai Telekomunikasi Celcom
sebagai Promoter dan melakukan kerja-kerja lain dalam kedai.
: Melibatkan diri dalam Koir Konvokesyen kali kedua
: Melangkah masuk Diploma Perakaunan di UniSZA

-2011
: Melibatkan diri dalam Koir Konvokesyen kali ketiga
: First runner-up bagi "Let's Get Loud Competition : English Come Out And Play
: Melibatkan diri dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka dan Raya
: Tempat ke 4 dalam Pertandingan Nyanyian di Dungun
: Lebih menggiatkan dalam persatuan untuk menambah pengalaman

Alhamdulillah,,segala pencapaian dan pengalaman itu dtgnya dari izin Allah..ikuti mana yg baik..=)

Cita-cita : Pensyarah,Guru,Akauntan atau Penasihat Kewangan
Impian : - Melestarikan impian ibu bapa dan keluarga
- Menjadi salah seorang penyanyi suatu ketika nanti,
InsyaAllah..(Kini mengumpulkan lagu-lagu nyanyian untuk
mengetahui range suara)
: Mencuba bahasa lain seperti Mandarin, Arabic, Korea
: Cubaan menyanyi pelbagai lagu English bagi melancarkan
language
Email : kaer_khairee92@yahoo.com dan kaery_92@yahoo.com

Sedikit renungan :-

Orang pernah berkata bahawa hidup ini akan mudah jika kita memudahkannya.......Bagi saya segala sesuatu yang mudah dan susah itu terletak pada fikiran kita....jangan terlalu memaksa jika kita tidak boleh memudahkannya......walaupun sedetik kita berfikir....namin tetap jadi setahun kita melakukannya......

Usah lah kita mendengar apa yang dikatakan oleh org lain tentang diri kita yg buruk......hanya mengambil pengisiannya agar boleh menjadi pedoman dan pengajaran bagi kita pada masa akan datang.,.....

Benar,tak kenal maka tak cinta
namun apalah erti jika ianya hanya perkataan semata-mata jika tiada tindakan............

jiwa kita bagaikan satu ukhuwah yang merapatkan segalanya
tanpa jiwa manusia takkan mengenal erti kehidupan
walau sesulit mana cabaran yang dilalui
ianya masih dugaan Tuhan
namun masih adakah yang sedar
dugaan itu untuk menyedarkan kita betapa besarnya ujian itu

memang manusia tak sempurna.....
memang manusia sering lupa
memang manusia tak mampu berfikir di luar jangkauan

namun manusia itu mulia disisi Allah.....

jadilah manusia yg mengejar kesempurnaan
agar kenikmatan hidup manusia diberkati oleh-Nya...

jadilah apapun kalian nanti,,,
pilihlah jalan Allah dengan penuh rasa kebebasan.....


salam tulus ikhlas.....

"SAYA HANYA BUDAK KAMPUNG@FELDA JER"
"SAYA BANGGA MENJADI KHAIREE KAERY SAHIL"

Khairee Sahil ᵀᴴᴱ ᴼᴿᴵᴳᴵᴻᴬᴸ


✔ Verified Official
© Profile Original
█║▌│█║▌│█║▌│

Sedihnya : KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero

KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero: Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...

Sunday, October 30, 2011

Cinta Manusia & Cinta Allah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..bertemu kembali dengan saya pada tatapan buat kali ini..Agak lama juga tidak menulis berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..Yelah,kadangkala kita harapkan sesuatu itu berjalan dgn baik namun kdg2 tak bertemu kebaikan disebabkan perkara yang tak mahu terjadi berlaku..

Pada slot kali ini..saya sajikan apa itu cinta dr mata saya..

Pengalaman saya tentang cinta itu agak luas..
Saya rasa cinta adalah sgt2 berharga bagi ssorg..
Jika kita lihat kebanyakkan remaja skrg sudah ada yg bercinta bahkan sanggup buat apa pun demi cinta..
Sebenarnya cinta yg tulus adalah cinta yg diredhai ALLAH...

Seperti saya telah dimakan oleh perkataan cinta..
Saya rasa saya sgt2 berjuang utk dptkn ssorg itu..
Segala kepecayaan kita berikan pada dia..
Kita baik dgn dia..
Namun segalanya hancur dgn sekelip mata
...
Saya begitu terpukul dan kecewa,,,
kdgkala saya fkir kenapa saya hidup dgn cinta..
sebenarnya Allah ingin menunjukkan cinta manusia ni bermusim..
Adakalanya dia akan sygkan kita..
Adakalanya dia akan jemu pada kita suatu hari..
Cinta manusia sememangnya sebegitu..
Kecuali cinta pada ALLAH..

Beginilah ye..
kita tak boleh percayakan cinta 100%..
cinta boleh buat kita merana..
cinta boleh buat kita seksa..
cinta membutakan segala..
cinta boleh merosakkan diri dan keluarga..
Jangan berikan segala jiwa dan raga pada pasangan anda..
melainkan dia benar-benar jodoh anda..
Kehidupan kita hanya sekali..
jangan pernah sia-siakan kehidupan ini hanya kerana cinta manusia yg entah akan kekal sampai bila..

Jiwa manusia ada pelbagai..
Jiwa manusia dipenuhi cinta..maka bertuahlah org yg mencintainya..
Jiwa manusia yang ada cinta tapi tak mendalam..bertuah yg dptnya namun kdg2 sakit disebabkan egoisnya..
Jiwa manusia yang ada cinta tapi tidak ambil berat..agak tidak bertuah sbb psgn biasanya suka mesej2..tapi dia ni x ambil berat..so reject lagi bgus dr berpsgn..
Jiwa manusia yg tiada cinta langsung..hati kering la konklusinya..

Wahai remaja..
Jgn terjebak sgt dgn cinta hingga merana diri..
Anda tu baru remaja belum pun dewasa..
Yang dewasa pun sama..
dah pndai fkir so ikutlah mana yg baik..

PERCAYA PADA CINTA KEPADA CINTA YANG DIPERCAYAI
PERCAYA PADA JANJI ALLAH YANG MANUSIA DICIPTAKAN BERPASANGAN
BERDOA PADA ALLAH DAN BERUSAHA JODOH YANG MANA DIINGINKAN
ALLAH AKAN MENDENGAR DOA-DOAMU..INSYAALLAH..

SEMUA YANG BERLAKU DLM HIDUP INI..
TIDAK SIA-SIA SEBENARNYA KERANA PENGALAMAN MENGAJAR KITA PELBAGAI KISAH..
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA..
YAKINI ALLAH..
CARI JALAN YANG PASTI BUATMU..
INSYAALLAH SEGALANYA AKAN BERJALAN LANCAR..

Sekian sahaja smpai disini coretan subuh2 ni..
Terima kasih..
I Love You IF you love me too as sincerely because ALLAH...
Assalamualaikum...

Friday, October 7, 2011

Diri Saya dan Anda Bagaimana?

Berkongsi mengenai diri..

Dia mempunyai keluarga yang bnyk membantu untk mmbangkitkan dia..

Dia seorang lelaki yang tidak pandai untuk berkata-kata seperti mana dia menulis..

Dia seorang yang suka ketawa,,ketawa dan senyum..kalau boleh kegiatan hariannya takkan terlepas dari ketawa..

Dia juga seorg yang memahami org lain,,namun kadangkala sedikit kepanasan keran hatinya tidak lah baik mana..

Dia seorang penyayang kanak-kanak dan haiwan seprti kucing,arnab dan hamster..

Dia seorang yang tak rajin sangat..suka berFacebook...kadang2 jek bukak buku..namun kalau exam,,mmg lintang pukang bukak buku..

Dia seorg yg kelam kabut namun sedikit tenang bila berkeyakinan..

Dia ada masa yakin ada masa tidak..

Dia seorang yang pencinta alam,,suka pada dedaun,,ranting2 kayu,,angin bayu...

Dia seorg yg suka capture gambar..walaupun rupa x sehensem Aaron Aziz,,namun pedulikan kata-kata org sbb mulut org xleh ditutup..cakaplah apa yg mahu dickp,,selagi x bertentangan dgn agama (gambarnya),,saya akan terus bergambar..

Dia mempunyai kwn2 yg sentiasa ada bersama..sygnya pada kwn2 seperti adik beradiknya..

Dia tidak kira berkwan dgn sesiapa sbb lebih ramai kwn lebih seronok,,lebih bnyk pglman...biar org kata mesra alam,,dia tetap akan terus berkawan..

Dia agak degil dalm satu2 perkara,,tapi dia akan bertolak ansur bila suatu perkara 2 logik..

Dia bukan tak suka dipuji tapi kdgkala pujian mmbwa niat yg lain pada diri...biar jadi yg sederhana walaupun setinggi langit..

Dia tidak berpenampilan kaya,,dia tidak berpenampilan seprti trend2 kini,,cuma dia seorg yg cuba mengubah utk mnjdi lebih baik..

Dia seorg yg berharapan tinggi,,,namun tinggi itu kdgkal ssh dicapai,,biar mula dr bwah...

Dia seorg yg penyabar setakat ni..tak peduli kata2 org,,tapi peduli gak kadang2..cepat down,,tapi masih ada kwn2 dan org2 yg suka mmberi nasihat...thnkz korg..

Penat bercerita ttg dia..

Dia itu adalah saya..

Bukan memuji diri,,namun saya mahu menghargai apa yang saya ada..kerana kelebihan atau kekurangan itu adalah suatu kemestian yang pasti ada pada ssorg..Kelebihan boleh diberi pada org lain utk meningkatkan keupayaan hidupnya...kekurngn boleh diperbaiki dgn mmpelajari ssuatu dr org lain..

Sesuatu itu xkn dtg sndri tanpa usaha..jika kita berfikr hari ini adalah hari org lain,,bila pula hari kita..

Bukan niat mengejar,namun berusaha utk mmbangkitkan diri agak diri tidak diperlekehkan pada masa akan datang,,

Ingatilah,,Allah sering bersama kita..dengan doa,,harapan,,niat dan usaha,,insyaAllah,,segala ssuatu itu akan berubah pada paksi kebaikan..Tanamkan azam mulai skrang kerana masa tidak menunggu kita,, namun kita yg mngjar masa.,..

Ya Allah,,ku syukuri nikmatmu,,Rasulullah,,idola hidupku..

terima kasih mak ,ayah,keluarga,,kwan,,guru2,,dan org2 yg sgt2 saya syg...doa saya hanya utk kalian biar bersemadi di dlm hati kalian..~~

Assalamualaikum dan Salam Muhasabah~

Thursday, August 25, 2011

Nota Daripada Sahabat Kepada Sahabat..


Kawan sgt bermakna bagi aku..

Aku menghargai setiap org yg berkawan dgn aku..

Nota ini ku tulis pada mu kawan sebagai luahan dan tanda terima kasih atas persahabatan kita..

1) Perkenalan kita adalah sejarah bagi kita..Mungkin kita masih ingat..mungkin kita lupa..senyuman kamu itu adalah suatu kebanggaan bagi aku..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg kawan cukup dengan ucapan "YA,AKU SUDI BERKAWAN DGNMU"

2) Perkembangan kita sebagai kawan itu sgt terindah..kesetiaan,,kemuliaan dan kebaikan itu adalah tanggungjawab kita..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg kawan cukup sekadar terimalah aku seadanya sebagai sorg kawan..

3) Kawan bertukar kepada sahabat...makin syg aku pada kamu semua..tiada yg terbaik selain kalian..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg sahabat cukup sekadar aku gembira melihat kau gembira..

4) Masalah kita adalah masalah bersama..Aku sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat org lain dibantu..Aku tidak meminta lebih sebagai sorg sahabat cukup sekadar percaya pada diriku..

5) Kerenggangan adalah suatu kekecewaan..Persahabatan yg dibina sekian lama terpisah kerana masalah-masalah..Namun aku percaya,,kau akan dpt yg terbaik apabila tidak bersama aku..Aku tidak meminta lebih sebagai seorg sahabat melainkan senyuman padaku..

6) Andai aku melakukan kesilapan..tegurlah aku..berikan aku nasihat..Aku tidak meminta lebih sebagai seorg sahabat,,melainkan kemaafan yg ikhlas dr hatimu..

7) Dengarlah luahan hati ini :

Aku tak minta dipuji melangit..aku tak minta didekati dgn serapatnya..Aku tak minta utk sentiasa bersama..namun cukuplah sekadar menghargai diri ini sebgai sorg sahabat..

Aku telah melakukan pertolongan seikhlasnya buat kamu sahabat,,aku menganggap kesemuanya adalah sahabat aku..mungkin ianya perkara kecil,,namun ianya besar bagi aku kerana aku bnyk menghabiskan masa padamu..mungkin kadangkala kita tidak nampak perkara sebegini,,namun hnya org tertentu sahaja yg tahu..niatku baik utk membantu,,namun ada yg salah menafsirkan pertolongan itu..aku x minta utk dikenali,cukup kamu tertolong dgn masalah kamu..Untuk pertama kali dlm hidup,,aku bnyk menghabiskan masa dgn memikirkan orang lain..sehingga diri aku terabai..namun aku percaya,menolong org lebih besar faedahnya...namun kdgkala apa yg diharapkan tidak sama...

disebabkan satu kesalahan kita seolah disalahkan bertalu-talu..begitu jatuhnya semangat aku..dan begitu sesalnya diri aku kerana kesalahan itu..diluar aku nampak ceria..namun dihati hanya Allah yg tahu..aku x pernah membnci org yg berkata ttg aku,,kerana bagi aku apa yg dikata itu adalah betul..dan skrg aku masih berusaha melicinkan kesalahan aku dgn meminta maaf..namun,,tetap tiada jawapan..Jika benar tiada ruang kemaafan bagi aku,,terima kasih kerana telah bersahabat dgn aku walau seketika....kdgkala rasa kecwa kerana kita asyik berfikir ttg org,,namun org x berfikir ttg kita pun..

Namun,aku tahu semua ini ada hikmahnya..terima kasih sahabat2 yg bnyk memberi semangat padaku..teringat kata2 sahabat dulu,,terima kasih kerana membantu..cukup sekadar itu,memberi senyuman pada aku kerana dapat membantu walaupun sedikit..skrg,,dugaan ini masih baru..mungkin jiwa masih x stabil,,fizikal dan mental x sekuat mana..mungkin aku belum dewasa..benar kata2 org tu..namun aku redha yg aku dilahirkan mempunyai semngt rasa cintakan pd sahabat2 aku..walaupun rasa cinta mereka berlainan padaku..

Luahan hati x pernah menipu..inilah luahan hati aku..

Atas nama Khairee Sahil..

dia bukan seorg yg baik..

dia bukan sorg yg rajin..

dia bukan sorg yg sentiasa mnjaga kata..

dia bukan sorg yg patut diberi puji..

dia hnya manusia yg sama seperti semua..

dia hnya manusia yg menerima apa sahaja yg dikatakan org..

dia menggunakan sifat sabar sebagai jalan..

dia mudah memaafkan manusia..

dia menerima apa jua sifat baik atau buruk menjadi kwn dia..

kerana aku lebih mengenali diri aku daripada kamu..

~~Syukur aku x sendiri..aku masih ada kluarga dan aku masih ada org2 yg berada dismpingku iaitu sahabat-sahabat terbaik aku..mungkin dgn kata-kata aku,,cara aku membuat kamu terasa..aku meminta maaf...beri ruang dan masa utk aku membina diri..kalau berjmpa dgn aku,,senyum sahaja itu sudah memadai..kerana senyum dibibirku xkn aku lepaskan sehinggalah penghujung nyawaku..Perjalananku masih jauh dan memerlukan sahabat dalam hidupku kerana sahabat adalah utk selamanya..~~

Jika RAMADHAN DAN SYAWAL ini yg terakhir bagi aku dan sahabat-sahabat,,halalkan segala yg telah diberikan padaku..dan terimalah kemaafan aku..seburuk apapun aku,,terimalah aku menjadi sahabatmu..

Terima kasih..~~

Wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...