Followers

Monday, May 9, 2011

Lelaki Bersama Wanita...Wanita Bersama Lelaki...

Tiada yang perlu dikelirukan,,,,

Lelaki dicipta utk wanita..

dan wanita dicipta utk lelaki..

jika tiada perselisihan ini,,

manakan tercipta kisah Adam dan Hawa...



Namun kepelikan menjadi tanda tanya...

mengapa hari ini menjadi kebangkitan percetusan antara lelaki dan wanita...

kurangnya ilmu jiwa dan ilmu hati dalam diri manusia

ceteknya pengetahuan mereka..

agama yang menjadi penilai kita..

namun tidak seorang percaya tentang rahsia lelaki dan wanita dalam agama...



Lelaki itu kuat,,,

namun wanita lemah..

perlukah ayat sebegini..

kelemahan bukan suatu permulaan kepada kekalahan...

dan kekuatan bukan suatu pengakhiran bagi kemenangan...

keduanya memiliki sifat tersendiri...

usah dihina kekurangan

namun pujian kelebihan mereka sebagai tanda syukur.



Lelaki...

kekuatan lelaki terletak pada kesabaran...

kebangkitannya menyelesaikan masalh..

kecekalannya menghadapi rintangan dalam kehidpan...

pengorbanannya merungkai seribu satu kesusahan...

airmata sebagai rahsianya dihati...

dan semangatnya yang tak pernah putus...

perjuangkan kebenaran seperti Nabi Muhammad...



Wanita....

kekuatan wanita terletak pada hatinya..

kelemahan sebagai pencetus keberanian...

sanggup bersukar demi insan bergelar anak..

gelora yang melanda sebagai landasan kematangan...

kesetiaan sebagai godaan dlm kehidupan...

kejayaannya menjadi tulang belakang kepada lelaki...



lelaki dan wanita adalah manusia yang sama..

manusia yang mulia disisi Allah...

keduanya wajib bertafakur padaNya..

Apa yg silap pada mereka jika mereka berpisah..

tepuk dada tanyalah iman...



Wjudkan cinta antara lelaki dan wanita...

cinta yg suci bersama tasbih..

kasih yg sempurna,,,,

niat hnya kerana Allah...



Renunglah dan hayatilah kerana lelaki dan wanita bukan seorang yg asing bagimu...

Namun juga Ayah dan Ibu mu...

hargai lah sebagai manusia lelaki dan wanita...hargai sebesar maruah peribadi mulia...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...